Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Tuesday, June 15, 2010
Fadhilat berpuasa di bulan rejab
Umat disyor tingkat iman, ibadat pada bulan ketujuh kalendar Islam
REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab: Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa.
Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
Puasa 8 hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti
- dia berpuasa 3,000 tahun,
- diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari,
- ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,
- 70 hajat ketika di dalam kuburnya,
- 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit),
- 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan
- 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti
- berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
- Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
- Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah pada Rejab seumpama
- sedekah seribu dinar,
- dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan,
- diangkat seribu darjat dan
- dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain pada Rejab:
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah,
Syaaban bulan Rasulullah,
Ramadan bulan umat Rasulullah.
Rejab adalah bulan menabur benih,
Syaaban bulan menyiram tanaman,
Ramadan bulan menuai.
Amalan Rejab menyucikan badan,
Syaaban menyucikan hati,
manakala Ramadan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),
Syaaban bulan syafaat,
Ramadan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat,
Syaaban bulan muhibah,
Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala,
Syaaban diganda 700 pahala,
Ramadan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.
Doa pada Rejab:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Tuesday, June 8, 2010
**Perarakan Kenderaan antik**
6jun 2010-Seawal pagi lagi uqayl dan umar dan bangun
Maklumla maklong dah janji nak bawa
gi tengok koleksi kapal terbang yang ada
di Muzium Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Kebetulan hari tu ada perarakan kereta dan motor antik
dari Pangkalan Udara Subang yang diketuai
oleh Mej Othman TUDM....
Teruja betul budak-budak berdua tu dapat berposing sakan
la budak-budak tu bergambar..keluar masuk aircraft
seronok tengok gelagat kanak-kanak ....
Semasa perarakan masuk kenderaan antik ke muzium
meriah tul la diikuti dengan 'ascot' oleh anggota provos..
masing-masing sibuk mengambil gambar
kenang-kenangan dengan kereta dan motor antik yang hadir
Si En sibuk la melayan uqayl dan umar berposing kat setiap
aircraft yang ada dalam hanger muzium tu..
kat motor dan kereta antik pun sempat gak berposing heee
letih berposing minum air dan makan hee....
Sunday, April 18, 2010
**KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH**
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH... Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala..
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.
'

Wednesday, April 14, 2010
Amira & Aqilah
Ermm si kakak ni bertambah selera makan haii entahla maklong balik ermm kena tusyen lak hheeeee
hmm mestilah kena rajin sikit baru lah boleh jadi murid yang pandai
Aqilah lak asyik berkepit jer dengan si Afrina
tak leh langsung berenggang ..orang datang menziarah pun tak leh nak sentuh langsung hee
Tapi dia rajin jaga baby kalau nangis jer pandai dia dodoikan afrina
ermm senang la ibu heee cuma kalau nangis jer
asyik panggil "Ibu adik nak nenen, he.ehe.he"
Bab makan pun sama macam kakak dia lah orang yang paling terakhir selesai
orang lain dah habis makan dia tak habis-habis lagi heee
Balik cuti....
pada 27 Mac 2010, ermmm cerdiknya macam baby yg dh 2 atau 3 bulan..Kalau menangis jangan katala satu taman boleh dengar..ermmm siang hari biasala tidur jer tapi bila celik mata jer asyik nak menyusu jerr...
tu jer la yang dia tau kan buat masa ni tak tau la lagi bila makin membesar nanti..kan
Semoga menjadi anak yang solehah, comel dan cerdik...
kena mandi dengan ais...lepas tu air liur asyik meleleh ingat nak tumbuh gigi
rupanya mulut saya pun ada pecah-pecah, minum dan makan tak lalu..melepak jer kesiannya
badan dah susut berat hanya 6 kilo tak sesuai dengan usia yang dah mencecah 11 bulan.
bulan depan 11 mei genap setahun...macam mana ni
Baik jer dari demam apa lagi makan tak henti-henti hmmm
seronok tengok muka bertambah 'chubby'..Hai cepatla besar si qaseh ni geam jer kalau tengok muka dia
asik nak cium jer heeee,comel tul lah
Thursday, April 1, 2010
"Secret Summaries"
- The Great Secret of Life is the Law of attraction
- The law of attraction says llike attracts like, so when you think a thought, you are also attracting like thoughts to you
- Thoought are magnetic, and thoughts have a frequency. As you think thoughts, they are sent out into the Universe, and they magnetically attract all like things that are on the same frrequency. Everthing sent oout returns to the source.
- You are like transmmission tower transmitting a frequeny with your thoughts. If you want to change anything in your life, cahnge the frequency by changing your thoughts.........
- Your current thoughta are creating your future life. What you think about the most will appear as your life.......
- Your thought become things............
Subscribe to:
Posts (Atom)